Sunday, February 15, 2015

Percutian Bujet Di Cameron Highland

Assalamualaikum..Kali ni aku nak kongsikan serba sedikit kisah percutian bujet aku pada  awal tahun 2015 ni..Sebenarnya percutian ni dah dekat setahun jugak aku rancang tapi pada 7/2/2015 baru la aku dapat merealisasikan impian pergi bercuti ni..ceewaah..hahaha..itu pun selepas permohonan aku untuk menginap kat rumah peranginan persekutuan cameron highland ni lulus.Bukan susah mana pun nak aply tapi kelulusan tu bergantung pada nasib lah sebab ramai sangat yang apply.Sebab murah kot.Bayangkan..mana nak dapat bilik tumpangan yg lengkap serba serbi dengan 1 queen bed + 1 single bed hanya rm25 je 1 malam?..dlm bilik ni juga ada aircond..tp aku x on pon..sbb dah cukup sejuk..masa aku pergi..suhu dalam 16C pada waktu mlm..bilik ni juga lengkap dengan wifi dan astro..
ni la bilik aku..hiihi




Destinasi pertama aku sebaik je sampai sebelum aku check in kat RRP ni pada 7/2/15 ialah lavender garden..memang sangat best..kalau korang kaki bergambar ke,kaki selfie ke..tempat ni mmg sesuai..dipenuhi dengan bunga bunga ala ala inggeris gitu..ada jual aiskrim strawberry bertoping yang macam macam jenis lah ikut suka korang..tiket masuk kalau tak salah aku untuk dewasa rm5..kanak2 atas 5thn rm3.. bawah 5 tahun free..anak aku ni dah 7tahun..tapi sebab dia nampak kecik..so semua taman yang aku masuk dia dapat free..hahaha..













Destinasi pertama pada hari kedua 8/2/15..selepas sarapan..dalam pukul 9pagi..aku melawat ladang boh sg palas..perjalanan yang agak mendebarkan kepada sesapa yang tak biasa drive mendaki..sepanjang 3km dengan perjalanan mendaki melalui selekoh selekoh tajam dengan jalan yang hanya muat sebiji kenderaan..kalau berselisih tu..korang kena bertolak ansur..insyaallah..selamat perjalanan..dan jangan lupa bunyikan hon diselekoh ye..bila dah sampai..korang kena parking kat bawah dan kena berjalan kaki sejauh 300meter..nampak macam memenatkan tapi korg x rasa penat pon nanti sebab mata korang akan dijamu dengan pemandangan indah dan segar.Kat sini korg boleh pegi lepak & minum kat cafe tergantung tu..bole shoping teh dan view utk bergambar memang menarik..ya Allah..indahnya bumi milik mu..


















Destinasi ketiga kami..dah penat mendaki..kami nak santai sambil nak ambil kesempatan untuk petik strawberry..aku suggest kan korang kat The Big Red Strawberry..ladangnye sungguh luas..dan viewnya juga cantik.memang berbaloi..lepas petik strawberry korg bole makan kat cafe dia..ada jual bermacam macam jenis dessert(betul ke tak aku eja dessert ni)
semua berasaskan trademark cameron highland..iaitu buah strawberry..pilih je berdasarkan ketebalan poket korang..haha..

ni tengah memetik strawberry..hihi







selain strawberry..ada gak taman bunga yang cantik kat sini..sesuai untuk kaki selfie dan groupie..





Destinasi seterusnya..aku sempat singgah kat muzium time tunnel..kalo korang dilahirkan pada tahun 60-80an..mesti menggamit kenanganlah..korang akan jumpa barang barang lama..aku membesar dengan kebanyakan barang barang yang dipamerkan kat sini..memang nostalgia..muzium ni adalah muzium persendirian dan barang barang yang dipamerkan adalah koleksi peribadi owner muzium ni..seorang cina tempatan..konsep yang sama macam toy muzium kat penang tu..tiket masuk rm5 untuk dewasa..kanak kanak bawah 5 tahun percuma..















Dan destinasi terakhir kami untuk hari tu ialah Taman Agro Mardi..taman ni milik kerajaan.Sebuah taman yg luas yang penuh dengan taman bunga dan tanaman penyelidikan mardi..ada jugak jual pokok bunga dalam pasu..cuma sayangnya masa kami datang..banyak bunga bunga terutama bunga ros dah layu dan macam tak terjaga..tak byk gambar yang dpt aku snap kat sini sebab agak kecewa..pihak mardi patut selenggara atau membajai semula pokok pokok bunga tu sebab dengan taman yang seluas ini..boleh jadi main attraction sepatutnya..kat sini pon ada ladang teh mini..





Sampai sinilah saja yang dapat aku kongsikan serba sedikit percutian kami..bagi aku..sapa yang kata cameron dah merbahaya,dah x boleh dikunjungi tu adalah satu persepsi yang salah..cameron masih lagi indah..yang terjejas tu adalah kat area ringlet dan lembah bertam..kawasan percutian ni masih cantik dan segar..tapi semasa perjalanan turun dari tapah tu(pergi ikut sg pulai) mmg akan lalu ringlet..dan mmg aku nampak jgk lah kesan kesan hasil dari kerakusan manusia..kat setiap cerun sekarang ni dorang tengah buat projek menanam batu untuk mengukuhkan kaki kaki bukit dan cerun tu..tapi kalo korang nak datang bercuti tu..teruskan je..its ok..cameron masih lagi menjadi tempat percutian yang utama dan terkenal yang terdapat dimalaysia..sekian..bye..assalamualaikum
posted from Bloggeroid

1 comment: